Program Rakan Kongsi Shopify

Bina dengan pantas.
Jana lebih banyak.
Berkembang bersama-sama.

Daripada aplikasi pertama hingga kedai ke seratus anda, Shopify membantu untuk menukarkan hasil kerja terbaik anda menjadi pendapatan yang berterusan.
Kompilasi tangkapan skrin yang menunjukkan penggunaan Cursor AI untuk mencipta projek Shopify Hydrogen

Terima bayaran

USD1,300,000,000 dibayar kepada rakan kongsi pada tahun 2025

Jana pendapatan melalui aplikasi, tema, pembinaan kedai, rujukan dan banyak lagi. Pelbagai aliran pendapatan bermakna anda mengawal cara perniagaan anda berkembang.

Bina untuk jutaan pedagang di seluruh dunia

  • Alo
  • vuori
  • AllBirds
  • MUJI
  • Glossier
  • Mattel
  • Gymshark
  • Poppi
  • Brooklinen
  • Dr Squatch
  • Leesa
  • Monos
  • Ruggable

Apabila pedagang berjaya, anda turut berjaya

Penukaran Shopify adalah hingga 36% lebih baik berbanding dengan pesaing1. Keputusan yang lebih baik memacu pengekalan, rujukan dan hasil berulang yang lebih tinggi.

Peluang tanpa batas

Pedagang membuat jualan pertama mereka setiap 26 saat2. Kami melancarkan beratus-ratus ciri baharu setiap enam bulan. Cara tanpa had untuk menjana pendapatan.

Lancarkan dengan lebih pantas, jana pendapatan lebih awal

API moden, dokumen lengkap dan alat CLI membawa anda daripada sekadar idea kepada pelancaran dalam masa beberapa hari, bukannya berminggu-minggu.

1Berdasarkan kajian yang diselesaikan pada bulan April tahun 2023 melalui perkongsian dengan syarikat perunding pengurusan global Big Three. 2Secara purata, berdasarkan data Shopify dari bulan Januari hingga bulan September tahun 2025

Rakan kongsi sebenar. Kejayaan sebenar.

Imej Emili Horncastle, Pengasas Bersama Zapiet.

API Shopify yang berkuasa dan dokumentasi bertaraf dunia telah membantu kami untuk melancarkan produk yang luar biasa dengan sangat pantas, lantas membuka peluang pertumbuhan bagi pasukan dan pedagang kami.

Zapiet

Emili Horncastle — Pengasas Bersama

Komuniti dan Sumber

Dibina untuk membantu anda membina.

Dev Docs

Selesaikan masalah dengan pantas. Rujukan API yang lengkap, panduan dan sampel kod untuk setiap kes penggunaan.

Forum Komuniti Dev

Lebih 100,000 pembina. Dapatkan bantuan, bertukar-tukar penyelesaian dan temui pembina seperti anda.

Blog Rakan Kongsi

Kisah kejayaan rakan kongsi, amalan terbaik dan pengumuman untuk membantu anda mengembangkan perniagaan.

Shopify Devs di X

Ciri baharu, pelancaran dan sorotan komuniti. Terus daripada @ShopifyDevs.

Built for Shopify

Bina aplikasi mengikut standard kualiti tertinggi Shopify dan buka peluang pertumbuhan yang eksklusif.

Shopify Academy

Tingkatkan tahap dengan kursus, latihan dan pensijilan. Bina kepakaran yang dicari oleh pedagang.

Shopify Editions

Setiap 6 bulan, Shopify melancarkan beratus-ratus ciri baharu dan kemas kini.

dot dev

Sertai kami secara bersemuka. Ciri baharu, demo langsung dan ribuan rakan kongsi yang membina di Shopify.

Program Rakan Kongsi Shopify

Bersedia untuk berkembang bersama-sama Shopify?

Sertai lebih daripada 100,000 rakan kongsi yang menukarkan aplikasi, laman kedai dan perkhidmatan menjadi hasil yang berterusan.