Pelan Starter

Cipta kedai ringkas dalam beberapa minit

Persediaan mudah tanpa kod. Sesuai untuk berkongsi produk merentasi media sosial.

Mula secara percuma

Mulakan secara percuma kemudian nikmati 3 bulan pada harga USD 1/bulan

Terus mula menjual 🦘

Dengan Starter, kedai anda sedia untuk beroperasi dengan hanya beberapa klik. Anda cuma perlukan imej dan perihalan menarik bagi produk atau perkhidmatan yang anda jual. Begitu mudah!

Jualan diperkasakan untuk media sosial 💸

Kongsi produk secara mudah di Instagram, WhatsApp atau di mana-mana jua—memberikan transaksi yang pantas dan boleh dipercayai kepada pelanggan dengan pembayaran Shopify.

Jana pendapatan daripada pautan dalam bio anda 🤑

Mencari lebih banyak cara untuk menjual di media sosial? Cipta halaman pautan dalam bio dalam beberapa minit untuk menghalakan pengikut kepada produk dan kandungan popular anda.

Terokai aplikasi pautan dalam bio

Temukan semua yang penting

  • 📦 Pengurusan pesanan

    Terima, urus dan penuhi pesanan—semuanya dari satu tempat dalam panel pentadbir anda.

  • 🚀 Analisis

    Lihat metrik prestasi utama untuk mengetahui tentang jualan dan pelanggan anda.

  • 🤝 Sokongan pelanggan

    Ada soalan? Dapatkan sokongan yang anda perlukan untuk memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan anda.

Berkembang seiring dengan kemajuan anda 💰

Dari tanda pagar hinggalah ke uncang wang, Shopify ada bersama anda. Mula secara kecil-kecilan dan naik taraf pelan anda apabila anda bersedia untuk membuka kunci ciri dan keupayaan jualan baharu. Perlukan bantuan membangunkan jenama anda? Terokai alatan percuma Shopify untuk membantu anda mengembangkannya.

Soalan Lazim