Jadilah
fenomena besar seterusnya

Pasang impian besar, bina dengan pantas dan berkembang jauh di Shopify.

Satu platform perdagangan di sebalik semuanya

Jual dalam talian dan bersemuka. Jual secara tempatan dan global. Jual terus dan borong. Jual pada desktop dan mudah alih.

Untuk semua, dari usahawan sehingga perusahaan

Jutaan pedagang daripada setiap saiz secara kolektif telah mencatat jualan lebih daripada $1,000,000,000,000 di Shopify.

Mula dengan pantas

Penjual solo, Megan Bre Camp memulakan Summer Solace Tallow untuk menjual lilin dan penjagaan kulit organik miliknya secara dalam talian serta di pasar tani tempatan.

Berkembang sebesar yang anda mahukan

Jenama kasual sukan Gymshark berkembang daripada beroperasi di garaj sehingga menjadi kuasa besar global pada hari ini, dengan jualan tahunan melebihi $500J.

Tingkatkan standard

Dengan bantuan Shopify untuk perusahaan, Mattel menjual mainan ikonik mereka terus kepada pelanggan di seluruh dunia.

Dalam talian dan bersemuka

Jual di sini, di sana dan di mana-mana sahaja

Dapatkan kedai yang menakjubkan dan dibina untuk jualan. Reka bentuk dengan pantas melalui AI, pilih tema yang bergaya atau bina kedai tersuai sepenuhnya bagi mendapatkan kawalan penuh.

Animasi interaktif perkakasan titik jualan Shopify

Titik jualan bersemuka

Jual secara bersemuka serta selaraskan jualan luar talian dan dalam talian dengan Shopify POS.

Terbitkan merentasi saluran

Tampil di tempat pembeli menatal, mencari dan membeli-belah dengan penyepaduan berbilang saluran.

Dikuasakan oleh pembayaran terbaik di dunia

Pembayaran Shopify pantas, boleh disesuaikan sepenuhnya dan dioptimumkan untuk memuktamadkan lebih banyak jualan.

Terus dan borong

Temukan pelanggan setia anda

Animasi contoh e-mel troli yang ditinggalkan, dengan graf yang menunjukkan 9% peningkatan jualan sebagai hasilnya

Jangkau pelanggan yang betul pada harga yang lebih rendah

Dapatkan pelanggan baharu dan galakkan mereka kembali dengan alatan pemasaran bersepadu serta analitis yang berwawasan.

Animasi yang menunjukkan diskaun B2B, dengan kos bagi setiap item menurun secara automatik tatkala bilangan item yang dibeli meningkat

Rungkaikan pertumbuhan baharu dengan B2B

Cipta pengalaman tersuai untuk pembeli borong dengan penetapan harga, diskaun dan terma pembayaran yang fleksibel.

Tempatan dan global

Berkembang di seluruh dunia

Jual dan kirim ke mana-mana sahaja

Shopify merungkaikan kerumitan dalam penjualan antarabangsa, daripada menghantar produk dengan lebih pantas serta mampu milik hinggalah penyetempatan pengalaman anda menggunakan Shopify Markets.

Desktop dan mudah alih

Uruskan perniagaan

Urus segalanya di satu tempat

Dari pejabat belakang hingga bahagian hadapan kedai, anda sentiasa memegang kawalan dengan Pentadbir Shopify yang berpusat sepenuhnya.

Urus kedai anda dari mana-mana sahaja

Lakukan semuanya dari poket anda dengan aplikasi mudah alih Shopify yang padat dengan ciri.

Aplikasi untuk segala-galanya

Shopify menawarkan semua keperluan asas yang sedia untuk digunakan, tetapi jika perniagaan anda memerlukan sesuatu yang lebih, anda mempunyai Shopify App Store—dengan lebih daripada 13,000 aplikasi perdagangan untuk apa-apa jua ciri khusus yang mungkin anda perlukan.

Oleh pembangun, untuk pembangun

API, primitif dan alatan memperkasakan pembangun dan rakan kongsi untuk membina aplikasi, tema serta laman kedai tersuai yang dicari-cari oleh perniagaan.

Tiada tempat yang lebih baik untuk anda membina

Pembayaran dengan penukaran terbaik di dunia

  • Penukaran yang lebih tinggi

    15

    %

  • Pembeli berniat tinggi

    150J

    +

Pembayaran Shopify memberikan purata penukaran 15% lebih tinggi berbanding dengan platform perdagangan yang lain dan mendedahkan jenama anda kepada 150 juta pembeli yang bersedia untuk membeli.

Berdasarkan kajian luaran bersama-sama salah sebuah firma perundingan global Tiga Terbesar pada bulan April 2023.

Kukuh dan sangat pantas

Shopify meletakkan kedai anda dalam masa 50 milisaat kepada setiap pembeli di seluruh dunia, dengan kapasiti untuk mengendalikan pelancaran produk yang paling besar sekalipun.

Shopify tidak pernah berhenti berinovasi

Lebih daripada 4,000 orang pembangun bertaraf dunia kami tidak pernah berhenti memanfaatkan teknologi terkini untuk menjadikan perniagaan anda lebih teguh, pantas dan berjaya.

AI yang direka bentuk untuk perdagangan

Shopify Magic memanfaatkan kuasa AI untuk menjimatkan masa anda, sama ada bagi menjana kandungan produk atau mencadangkan cara untuk memaksimumkan potensi Shopify.

  • Editions Musim Panas 2023
  • Editions Musim Sejuk 2024
  • Editions Musim Panas 2024
  • Editions Musim Sejuk 2025
  • Editions Musim Panas 2025

Inovasi tanpa henti

Setiap 6 bulan, Shopify melancarkan lebih daripada 150 ciri baharu dan naik taraf—semuanya dipamerkan dalam Shopify Editions.

Amat mudah untuk memulakan jualan

01Tambah produk pertama anda

02Sesuaikan kedai anda

03Sediakan pembayaran