Menjalankan perniagaan anda bukan sekadar tugas di meja.
Aplikasi Shopify memastikannya kekal begitu.
Cipta kedai dalam talian anda
Realisasikan idea anda tanpa sebarang pengalaman pengekodan atau reka bentuk
Kembangkan khalayak anda
Promosikan perniagaan anda dengan SEO terbina dalam, media sosial dan alatan pemasaran
Urus dari mana-mana jua
Jejak jualan, pembayaran dan pemenuhan, semuanya dari telefon anda

Cipta kedai yang menonjolkan keunikan anda
Cipta dan sesuaikan kedai dalam talian yang unik untuk anda dengan lebih 100 tema profesional yang membolehkan anda menambah dan mengedit penjenamaan, produk serta imej dari mana-mana jua.

Jangkau pelanggan pada bila-bila masa, di mana-mana jua
Jual produk anda dan hubungi pelanggan—semuanya dari peranti mudah alih anda. Kongsi produk merentas media sosial dengan mudah, bina kempen pemasaran e-mel yang menarik dengan hanya beberapa ketikan dan terima pembayaran secara bersemuka menggunakan Tap to Pay pada iPhone untuk Shopify POS.
Selesaikan lebih banyak tugas semasa dalam perjalanan
Aplikasi Shopify memberikan anda papan pemuka tunggal untuk mengurus pesanan, pengiriman, inventori, pembayaran dan banyak lagi, dari mana-mana skrin.

iOS
Android