Diskaun Shopify

Tingkatkan jualan dan saiz troli dengan kuasa diskaun

Tarik pelanggan baharu dan kembangkan perniagaan berulang dengan melancarkan promosi bersama Shopify

Tiada kedai Shopify? Cipta sekarang.

Tingkatkan penukaran pembeli

Beri insentif kepada pelanggan anda untuk membeli dengan lebih banyak menggunakan diskaun, melalui empat pilihan diskaun sedia ada yang boleh ditawarkan.

Kembangkan promosi anda

Perlukan lebih banyak jenis diskaun? Muat turun aplikasi diskaun daripada Shopify App Store untuk menyokong strategi promosi anda.

Tingkatkan skala perniagaan anda

Gunakan segmentasi pelanggan untuk menjangkau jutaan pelanggan dengan promosi disasarkan yang mengandungi diskaun unik.

Cipta diskaun. Jual lebih banyak.

Mencipta promosi hebat yang memberi insentif kepada pelanggan untuk membeli dengan lebih banyak kini lebih mudah.

Cipta dan gabungkan

Tawarkan diskaun automatik dan kod diskaun, termasuk potongan peratusan atau amaun tetap, pengiriman percuma atau jenis diskaun baharu daripada aplikasi. Gabungkan diskaun dan cipta tawaran yang jauh lebih menarik untuk pelanggan anda.

Sesuaikan dan konfigurasikan

Gunakan diskaun pada keseluruhan pesanan, satu atau lebih koleksi, mahupun pada satu produk. Tetapkan, jadualkan dan konfigurasikan keperluan minimum untuk semua jenis diskaun, termasuk tawaran masa terhad.

Ukur dan pertingkatkan

Dengan alat analitik hebat yang menjejak semua promosi anda, anda boleh memantau prestasi, melakukan perubahan strategik dan mempertingkatkan tawaran diskaun anda.

Pantau prestasi dan pertingkatkan strategi yang berkesan

Imej laporan yang menunjukkan prestasi diskaun menggunakan medan seperti nama diskaun, jenis diskaun, pesanan dan jualan bersih.

Pelaporan yang dipermudahkan

Dapatkan pemahaman yang jelas tentang strategi yang berkesan dan sebaliknya. Lihat butiran penuh mengikut diskaun, jualan kasar, pemulangan, jualan bersih dan banyak lagi.

Kongsi diskaun

Gunakan pautan diskaun yang boleh dikongsi untuk membawa pembeli terus ke halaman produk dengan diskaun yang digunakan secara automatik semasa pembayaran.

Sumber tambahan

Pusat Bantuan

Ketahui lebih lanjut tentang cara melaksanakan diskaun.

Lawati Pusat Bantuan 

Kembangkan perniagaan anda dengan promosi hari ini