Pengurusan dan penghantaran pesanan

Penuhi pesanan dengan lebih pantas daripada platform yang anda percayai

Daripada pesanan diterima hingga pascapembelian—lakukan semuanya dengan keupayaan terbina dalam Shopify.

Anda bersetuju untuk menerima e-mel pemasaran Shopify.

Imej ini menunjukkan gambar rajah yang mengilustrasikan proses membuat pesanan dan mengirim item. Urutan ini bermula dengan awan yang mewakili dunia digital berserta anak panah yang menunjuk ke urutan peristiwa bagi aliran hujung ke hujung untuk mengurus pesanan, memenuhi, mengirim dan mengurus pemulangan. Terdapat kotak dengan pasu terkeluar daripadanya, mewakili produk yang dibeli. Ini menandakan bahawa pesanan item dipenuhi dan dikirim dengan Shopify selepas dipesan dalam talian. Secara keseluruhannya, gambar rajah ini memberikan gambaran visual bagi perjalanan membeli-belah dan pengiriman dalam talian dari dunia digital ke dunia fizikal.
Penuhi pesanan anda 

Pemenuhan pesanan yang diperkemas, tidak kira di mana jua anda menjual.

Urus inventori anda 

Kawalan inventori masa nyata yang mudah, tepat dan lancar.

Proses pemulangan anda 

Berikan pengalaman pemulangan yang lancar kepada pelanggan.

Cara perniagaan seperti perniagaan anda mengurus, memenuhi dan menghantar pesanan dengan Shopify

Helaian dan sistem yang tidak terkira banyaknya tidak lagi diperlukan. Anda boleh memenuhi setiap pesanan dari panel pentadbir anda dengan keupayaan terbina dalam Shopify.

Kenali jenama yang berjaya menggunakan
penyelesaian kami

Pemenuhan

Perkemas dan percepatkan pemenuhan

Dengan automasi yang hebat dan papan pemuka pesanan yang boleh disesuaikan, Shopify menjadikan pemenuhan pesanan lebih cepat dan menjimatkan kos.

Imej ini menampilkan pengalaman tetapan penghalaan pesanan iaitu pengguna boleh memilih peraturan penghalaan pesanan dan mengutamakannya berdasarkan keperluan perniagaan. Dalam imej ini, anda boleh melihat tiga peraturan penghalaan pesanan: "Minimumkan pemenuhan berasingan", "Gunakan lokasi yang diutamakan" dan "Kirim dari lokasi terdekat", yang diserlahkan.

Penghalaan pesanan pintar

Sama ada anda mengirim dari beberapa gudang berhampiran atau berpuluh-puluh gudang di seluruh dunia, penghalaan pesanan pintar mengutamakan lokasi yang optimum bagi membantu anda memenuhi pesanan dengan lebih cekap.

Automasi hujung ke hujung

Daripada membenderakan pesanan berisiko tinggi kepada merangka draf label pengiriman, Shopify Flow membantu anda mengurangkan tugasan yang memakan masa dengan aliran kerja tersuai berautomatik.

Pengurusan pesanan yang disesuaikan

Susun pesanan dari mana-mana saluran jualan dengan menyesuaikan lajur, penapis, pengisihan dan carian. Simpan paparan tersuai ini untuk memenuhi pesanan dengan lebih pantas.

Pengurusan inventori

Katakan selamat tinggal kepada terlebih dan terkurang jual

Tingkatkan keberuntungan dengan mengoptimumkan inventori anda melalui penyegerakan masa nyata merentas lokasi dan saluran. Ketahui produk yang sedang dalam transit daripada pembekal, stok yang ada dan stok yang semakin berkurangan.
Imej ini menampilkan skrin telefon selular yang memaparkan sistem pengurusan inventori, dan terdapat sepasang kasut sniker di sebelahnya. Kasut itu terletak berhampiran dengan bahagian bawah dan bar paparan kuantiti inventori kelihatan di atas kasut itu, termasuk kuantiti "tidak tersedia", "diikat", "tersedia ada" dan "tersedia", mungkin menandakan terdapat kuantiti sebanyak 11 kasut yang tersedia.

Pascapembelian

Pastikan pelanggan terus kembali

Daripada penjejakan bungkusan hingga pemulangan yang lancar, kami tidak pasti siapa yang lebih menyukai pengalaman pascapembelian—anda atau pelanggan anda.

Imej ini memaparkan skrin komputer dengan permintaan pemulangan terbuka daripada pelanggan yang menampilkan item barangan kemas. Terdapat butang di bahagian atas dilabelkan "Minta Pemulangan", menunjukkan bahawa pelanggan meminta untuk memulangkan atau menukar item tersebut. Skrin tersebut juga menunjukkan modal yang membenarkan seseorang meluluskan pemulangan serta menghantar e-mel bagi memberitahu pelanggan tentang pemulangan tersebut. Pengguna berkemungkinan menimbangkan pilihan mereka untuk memulangkan atau menukar item barangan kemas yang diterima oleh mereka.

Pemulangan layan diri

Tingkatkan kepercayaan jenama dan pembelian berulang dengan membenarkan pelanggan memulakan pemulangan. Dapatkan keterlihatan bagi produk dipulangkan yang masuk untuk membantu memaklumkan keputusan inventori.

Kekalkan lebih banyak hasil dengan pertukaran

Cipta dan jejak pertukaran produk merentas keseluruhan katalog anda tanpa meninggalkan Shopify bagi mengekalkan hasil dan memperkemas pengurusan pemulangan.

Alat pemasaran terbina dalam

Sediakan automasi e-mel jual naik dan menangi semula dalam masa beberapa minit sahaja untuk meningkatkan jualan dan libat urus pelanggan.

Semua ciri

Pengurusan pesanan dan pemenuhan

Pengurusan pesanan

Urus pesanan dengan Tapis, isih, cari, tag dan tambah nota. Jejak status penghantaran dengan mudah bagi memudahkan anda membuat susulan pada penghantaran yang gagal atau tertangguh.

Penghalaan pesanan pintar

Gunakan kriteria yang berbeza untuk mengutamakan dan memperuntukkan pesanan ke lokasi yang optimum dengan penghalaan pesanan, tidak kira sama ada anda membuat pemenuhan daripada lokasi anda sendiri, menggunakan 3PL atau kedua-duanya.

Indeks pesanan

Lihat semua pesanan anda di satu tempat. Susun pesanan berdasarkan kriteria yang membantu anda memenuhi dan mengirim pesanan ini lebih cepat, seperti destinasi dan kaedah penghantaran, status pemenuhan, SKU produk dan pelbagai lagi.

Automasi pemenuhan

Jimatkan masa dan kurangkan ralat dengan mengautomasikan dan memperkemas proses pemenuhan menggunakan Shopify Flow, sebuah alat automasi aliran kerja.

Pemenuhan pukal

Gunakan tindakan pukal untuk memenuhi, meminta pemenuhan atau membatalkan berbilang pesanan pada masa yang sama.

Paparan disimpan tersuai

Tapis, isih dan pilih lajur yang berkaitan untuk indeks pesanan anda agar ia khusus untuk perniagaan anda. Simpan paparan pilihan anda supaya ia sedia digunakan pada kali seterusnya anda mengakses pesanan anda.

Penyuntingan pesanan

Permudahkan pengurusan pengalaman pelanggan anda dan kurangkan kesilapan pemenuhan dengan keupayaan untuk menyunting sebarang pesanan sebelum ia dikirim.

Pesanan draf

Cipta pesanan dan invois dari mana-mana sahaja yang boleh diemelkan kepada pelanggan anda dan dibayar dalam talian atau secara bersemuka.

Urus langganan

Jalankan keseluruhan perniagaan langganan anda dengan aplikasi yang dibina untuk Shopify.

Analisis pesanan

Gunakan Halaman pesanan untuk mengumpulkan cerapan masa nyata. Anda akan sentiasa mengetahui bilangan pesanan yang dibuat, dibuka, dipenuhi, dihantar dan dipulangkan.

Pemberitahuan pesanan

Berikan keterlihatan masa nyata kepada pelanggan untuk pesanan mereka. Hantar kemas kini pesanan kepada pelanggan secara automatik dengan aplikasi Shop atau melalui e-mel yang mengandungi e-mel pemberitahuan pesanan berjenama.

Pisah dan gabung

Gunakan fungsi pisah dan gabung untuk memenuhi pesanan separa, memenuhi item merentas berbilang lokasi dan memecahkan pesanan yang besar kepada berbilang pengiriman.

Marketplace Connect

Sambung, urus dan penuhi pesanan dengan mudah merentas Amazon, Walmart, eBay dan Etsy. Kembangkan jangkauan anda dan tingkatkan jualan dengan satu aplikasi yang menyegerakkan metrik penyenaraian, pesanan, inventori dan prestasi.

Pengurusan inventori

Penjejakan inventori

Jejak dan urus dengan tepat kuantiti stok yang tersedia, tersedia ada, dikhususkan, tidak tersedia dan masuk di satu tempat.

Inventori berbilang lokasi

Peruntukkan inventori dengan cekap merentas sehingga 1000 gudang, pusat pemenuhan dan kedai.

Pesanan pembelian

Jejak inventori masuk, dapatkan cerapan ke atas perbelanjaan anda dan buat keputusan membuat pesanan yang lebih baik dengan mencipta pesanan pembelian untuk pembekal anda.

Pemindahan

Pindahkan inventori antara gudang dengan lokasi jualan.

Automasi inventori

Gunakan Shopify Flow untuk mengautomasikan tugasan pengurusan inventori. Sembunyikan produk di tapak anda apabila ia kehabisan stok, dapatkan pemberitahuan apabila inventori berkurangan dan pelbagai lagi.

Penyunting inventori pukal

Sunting, sesuaikan dan urus inventori untuk berbilang produk merentas lokasi pemenuhan serentak menggunakan tindakan penyuntingan pukal.

Sebab pelarasan

Tetapkan sebab pelarasan untuk menjejak perubahan pada inventori anda. Berikan sebab seperti “Rosak” atau “Dipulangkan” untuk mengenal pasti item yang tidak boleh dijual.

Laporan inventori

Jana laporan tentang kuantiti inventori dan fahami nilai inventori anda.

Aplikasi Shopify

Gunakan pengimbas terbina dalam untuk menjejak dan mengira kuantiti, menerima pemindahan daripada pembekal dan lokasi, serta mengurus inventori melalui peranti mudah alih anda.

Inventori tidak tersedia

Tandai inventori dengan mudah sebagai tidak tersedia untuk dijual dan kategorikannya sebagai Rosak, menjalani Kawalan Kualiti, ditahan sebagai Stok Keselamatan, atau untuk sebab-sebab lain yang ditentukan.

Pemulangan dan bayaran balik

Pemulangan layan diri pelanggan

Biarkan pelanggan memulakan pemulangan dari kedai dalam talian anda dan dapatkan keterlihatan terhadap produk dipulangkan yang akan masuk.

Peraturan pemulangan

Tetapkan tempoh pemulangan tersuai, yuran penstokan semula, serta pengecualian berasaskan produk dan jualan akhir menggunakan peraturan pemulangan bagi mengelakkan pemulangan yang tidak layak.

Polisi pemulangan

Cipta polisi pemulangan yang fleksibel dan paparkannya dengan jelas pada pengaki pembayaran anda untuk mengehadkan pemulangan dan bayaran balik yang tidak perlu.

Pengurusan pemulangan

Cipta pemulangan, jejak pengiriman, tambah stok inventori semula, urus yuran pemulangan dan hantar pemberitahuan pelanggan berautomatik dengan mudah.

Pertukaran

Cipta, jejak dan urus pertukaran untuk sebarang pesanan di Shopify merentas seluruh katalog produk anda.

Bayaran balik

Keluarkan bayaran balik separa atau penuh bagi pesanan yang dibatalkan atau dipulangkan.

Status pemulangan

Jejak status pemulangan dan lihat pemulangan yang sedang berjalan serta yang telah selesai secara terus dalam tab Pesanan.

Laporan pemulangan

Gunakan laporan untuk memahami produk yang paling laris dijual dan yang paling kerap dipulangkan.

Jual lebih banyak produk dengan alat tambahan ini

Terokai penyelesaian Shopify yang lain untuk mengembangkan perniagaan anda.

Analisis dan pelaporan

Kembangkan perniagaan anda dengan lebih pantas menggunakan analisis dan pelaporan terbina dalam.
Terokai analisis dan pelaporan 

B2B on Shopify

Jual secara borong dan terus kepada pengguna dari satu platform, atau dari satu kedai sahaja.
Terokai B2B