Beralih kepada Shopify
Sertai ribuan jenama yang beralih kepada platform perdagangan yang terkemuka dalam industri dan jadikan migrasi anda yang seterusnya sebagai migrasi yang terakhir.
Platform semua dalam satu
Berkembang lebih pantas dengan keupayaan natif yang mempermudah segala-galanya merentasi DTC, B2B dan Point of Sale (POS).
Infrastruktur yang selamat
Kekal fokus pada perniagaan anda dengan penyulitan, kawalan akses, keselamatan rangkaian dan sandaran data yang terbina dalam.
Inovasi yang tiada tandingan
Berinovasi lebih pantas pada platform yang kerap menjadi peneraju pasaran dengan keupayaan dan penyepaduan baharu.
TCO lebih rendah, ROI lebih tinggi
Kurangkan kos secara menyeluruh dan tingkatkan jualan dengan pembayaran dengan penukaran terbaik di dunia1.
Sebab untuk memilih Shopify
Satu platform, kemungkinan tanpa batasan
Platform semua dalam satu
Keupayaan terbina dalam Shopify mengurangkan kebergantungan anda pada alat luar, lalu membolehkan anda bergerak lebih pantas berbanding sebelum ini. Dengan antara muka mesra pengguna yang membolehkan semua ahli pasukan membuat kemas kini, Shopify membantu pembangun untuk memfokus pada projek anda yang paling penting.
Infrastruktur yang selamat
Dengan 99.99%+ masa operasi dan prestasi yang terkemuka dalam industri, Shopify memastikan kedai anda sentiasa bersedia untuk perniagaan. Shopify juga menyediakan perlindungan penipuan berlapis dan rangka kerja pematuhan teratas agar anda dapat mengekalkan fokus pada perkara yang penting—perniagaan anda.
Inovasi yang tiada tandingan
Shopify memberikan 100% fokus pada perdagangan dan sentiasa menjadi yang pertama menembusi pasaran dengan inovasi. Malahan, ribuan jurutera Shopify melancarkan ratusan kemas kini perdagangan tahunan2, bermula daripada mengubah fotografi produk menggunakan AI hinggalah menyepadukan carian semantik.
TCO lebih rendah, ROI lebih tinggi
Jenama di Shopify membayar kurang tetapi menjual lebih banyak. Ini semuanya hasil daripada Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang 33% lebih rendah berbanding dengan pesaing3, pembayaran dengan penukaran terbaik di dunia serta Shop Pay yang menawarkan penukaran mudah alih 91% lebih tinggi berbanding dengan pembayaran standard.
- 1.Berdasarkan kajian tahun 2023 dengan syarikat perundingan pengurusan global Big Three. Ketahui lebih lanjut tentang Shopify Checkout.
- 2.Dua kali setahun, Shopify akan menerbitkan Shopify Editions—senarai ciri inovatif terkini yang ditambah pada platform ini.
- 3.Menurut penyelidikan yang ditauliahkan oleh Shopify daripada firma perundingan bebas yang terkemuka untuk mengkaji TCO merentasi platform utama di Amerika Utara dan memahami kedudukan relatif Shopify berdasarkan kaedah penyelidikan objektif. Ketahui lebih lanjut tentang Kalkulator TCO Shopify.
Pelbagai kisah, kejayaan tanpa batasan

Peralihan kepada Shopify telah memberikan banyak manfaat kepada perniagaan kami. Kami mendapat begitu banyak ciri yang tersedia terus untuk digunakan, berserta pelbagai ciri baharu yang kerap dilancarkan.

Pengesahan dan ulasan
Pakar dan pelanggan memihak kepada Shopify
Bermula daripada dinamakan sebagai Peneraju dalam 2024 Gartner® Magic Quadrant™ sehinggalah menerima ulasan teratas di G2, Shopify telah mendapat pujian daripada firma penganalisis serta pelanggan.
Keselamatan. Jualan. Penjimatan. Kesemuanya apabila anda beralih kepada Shopify.
Bercakap dengan pasukan jualan kami tentang cara membawa masuk Shopify ke dalam timbunan teknologi anda.


