Alat percuma
Pengubah Saiz Imej yang Ringkas
Imej yang dioptimumkan untuk web
Gunakan Pengubah Saiz Imej Shopify untuk mengoptimumkan imej digital anda agar mendapat saiz dan konfigurasi yang sempurna. Sama ada untuk profil media sosial, foto produk untuk kedai dalam talian anda, mahupun surat berita, alat pengubah saiz dan pengoptimum imej yang pantas dan mudah ini akan melancarkan kerja anda.
Tambah imej anda (maksimum 10) dengan menyeretnya ke sini atau klik di bawah untuk menyemak imbas daripada peranti anda.
Pilih saiz yang anda ingin eksport (maksimum 8):
Sila muat naik sekurang-kurangnya satu imej untuk diubah saiznya.
Soalan Lazim
Alat pengubah saiz imej Shopify membolehkan anda melaraskan imej digital anda dengan mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai aplikasi. Sama ada anda memerlukan imej untuk profil media sosial, foto produk untuk kedai dalam talian anda atau e-surat berita yang menarik perhatian, alat pengubah saiz imej kami yang pantas dan mesra pengguna ini memudahkan proses tersebut. Untuk bermula:
- Muat naik imej anda (Satu imej pada satu-satu masa pada peranti mudah alih, maksimum 10 imej pada desktop)
- Pilih saiz yang anda inginkan, sebagai contoh: IG | Story: 1080 x 1920
- Pratonton imej anda yang telah diubah saiz dengan menatal ke bawah
- Muat turun imej anda dengan hanya satu klik
Pengubah saiz imej dalam talian ialah alat percuma yang ditawarkan oleh Shopify kepada perniagaan. Ini bermakna tiada kos untuk menggunakannya, dan anda boleh mengubah saiz seberapa banyak imej yang anda mahu.
- Lebih pantas: semakin besar saiz fail imej, semakin lama masa yang diambil untuk memuatkan halaman.
- Menampilkan apa yang anda inginkan: jika imej terlalu besar, atau terlalu lebar mahupun sempit untuk aplikasi tertentu yang anda gunakan, aplikasi tersebut selalunya akan melaraskan imej secara automatik yang mungkin akan memangkas bahagian penting pada imej yang anda ingin tunjukkan.
- Bermanfaat untuk Pengoptimuman Enjin Carian (SEO): fail imej dengan saiz (dan nama) yang betul membantu prestasi enjin carian laman web anda.
- Kelihatan profesional: imej dengan saiz yang betul memberikan perniagaan anda penampilan yang kemas.
Ya, kualiti imej itu sendiri akan terjejas apabila saiznya diubah. Namun begitu, jika imej beresolusi tinggi mempunyai saiz yang sesuai untuk aplikasi tertentu yang digunakan (cth. media sosial) kualiti imej tersebut sepatutnya memadai. Jika anda bermula dengan imej beresolusi rendah, tindakan mengubah saiznya boleh menjejaskan kualitinya. Apabila menggunakan imej web, sebaik-baiknya gunakan “resolusi standard” iaitu 72 PPI.
- Lawati alat pengubah saiz foto dalam talian seperti Shopify
- Muat naik foto yang anda ingin ubah saiznya
- Pilih saiz imej yang anda perlukan
- Muat turun imej anda yang telah diubah saiz dan mula gunakannya serta-merta
Sudah tentu! Pergi ke halaman alat kami untuk mencari lebih banyak alat percuma, termasuk: penjana kod QR dan penjana kod bar.