Urus perniagaan anda yang semakin berkembang

Bina perniagaan yang mantap dengan suit pengurusan pejabat belakang yang berkuasa.
Mulakan percubaan percuma
Mula secara percuma kemudian nikmati 3 bulan untuk USD 1/bulan
Contoh produk topi keledar dengan graf Jumlah Jualan di belakangnya.

Pengurusan pesanan berpusat

Permudahkan pemenuhan dengan pengurusan pesanan berpusat

Hantar produk anda ke tempat yang sepatutnya dengan inventori, pesanan, pemenuhan dan pengiriman yang diselaraskan.
Seorang pedagang mengurus kedainya melalui aplikasi Shopify.

Pengurusan inventori

Jimatkan masa dan wang dengan alat yang membantu anda mengurus, memantau dan memindahkan inventori anda merentas berbilang lokasi.

Pengurusan pesanan dan pemenuhan

Hantar pesanan dengan lebih pantas menggunakan kaedah pengiriman dan pemenuhan yang bersesuaian dengan anda.

Pemulangan dan bayaran balik

Tingkatkan kepercayaan pelanggan dengan proses pemulangan dan bayaran balik yang mudah diurus serta tidak memeningkan kepala.
Dua kotak tindakan disambungkan dengan anak panah, menggambarkan aliran kerja bagi tugasan automatik.

Alat automasi perniagaan

Kembangkan perniagaan anda dengan automasi tersuai

Daripada automasi ringkas kepada aliran kerja berbilang langkah, Flow mengautomasikan tugasan berulang agar anda boleh menumpukan perhatian pada perniagaan anda.
Terokai Shopify Flow 

Analisis dan pelaporan

Semua cerapan perdagangan yang anda perlukan untuk mengembangkan perniagaan anda

Lihat metrik utama secara ringkas, kaji dengan lebih mendalam untuk pelbagai cerapan dan cerakinkan data anda—semuanya di satu tempat.

Laporan prabina

Kesan trend dan peluang dengan akses kepada data dan analisis atas permintaan.

Papan pemuka gambaran keseluruhan

Lihat gambaran keseluruhan dengan lebih jelas. Akses berpuluh-puluh metrik merentas setiap aspek utama perniagaan anda.

Metrik langsung

Akses gambaran keseluruhan terperinci tentang prestasi kedai anda pada bila-bila masa. Jejak trafik, jangkauan, pesanan dan hasil—semuanya dalam masa nyata.

Analisis lanjutan

Tanya, teroka dan analisis data anda dalam mana-mana laporan menggunakan ShopifyQL, iaitu bahasa pertanyaan Shopify yang direka bentuk untuk perdagangan.

Inventori berpusat dan pengurusan pesanan Shopify memudahkan penyerahan pesanan kepada pelanggan, agar kami boleh meluangkan lebih banyak masa untuk mengembangkan perniagaan kami

Christina — Re Ona

Aplikasi Shopify

Kehebatan Shopify dalam genggaman anda

Jalankan perniagaan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua dengan mengurus produk, pembayaran, pengiriman dan pemenuhan, semuanya daripada aplikasi kami.
Telefon mudah alih dengan paparan aplikasi Shopify pada skrin, menunjukkan inventori produk di kedai dalam talian.

Pelaporan masa nyata

Kekal mengawal perniagaan ke mana-mana jua anda pergi dengan pelaporan yang tepat dan terkini mengenai trafik, jualan serta penukaran.

Tambah produk

Tambah produk dengan mudah dari mana-mana sahaja. Muat naik foto baharu atau sedia ada, edit butiran, tetapkan harga dan banyak lagi.

Urus inventori

Pastikan inventori terkawal walau di mana jua anda berada. Gunakan peranti mudah alih anda untuk mengimbas, memindahkan dan menyimpan kiraan inventori yang tepat.

Penuhi pesanan anda dengan yakin

Bermula daripada pengambilan hingga ke pintu pelanggan dan pelbagai lagi, terokai Shopify App Store untuk mencari penyelesaian pemenuhan muktamad bagi semua keperluan perniagaan anda.
Grid jubin produk termasuk Shop Pay, metrik jualan dan penjejakan pemenuhan.

Setiap alat yang anda perlukan untuk memperkasakan perniagaan anda

Mula menjual dengan Shopify hari ini

Cuba Shopify secara percuma dan terokai semua alat serta perkhidmatan yang anda perlukan untuk memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan anda.
Mula secara percuma kemudian nikmati 3 bulan untuk USD 1/bulan