ALAT PERCUMA
Pencipta slogan percuma
Soalan Lazim
Pembuat slogan percuma menjana pilihan slogan berdasarkan kata kunci yang anda berikan. Anda boleh pilih satu slogan untuk digunakan atau jadikan pilihan tersebut sebagai inspirasi untuk idea anda sendiri.
Berikut ialah cara menggunakannya:
- Pilih perkataan yang mewakili jenama anda
- Masukkannya ke dalam medan penjana di atas
- Klik “jana slogan”
- Semak cadangan dan perincikan pilihan kegemaran anda
Penjana slogan adalah percuma untuk semua orang. Gunakannya untuk menjana idea bagi slogan perniagaan anda. Apabila anda bersedia untuk menghidupkan jenama anda, anda boleh mula menjual dengan percubaan percuma Shopify—tiada maklumat pembayaran diperlukan.
Beberapa slogan jenama yang terkenal termasuklah:
- Just do it (Nike)
- Finger lickin' good (KFC)
- For everything else, there's MasterCard (MasterCard)
- Eat fresh (Subway)
- Save money. Live better. (Walmart)
- Have a break. Have a KitKat. (KitKat)
- Red Bull gives you wings (Red Bull)
- A diamond is forever (De Beers)
- Imagination at work (General Electric)
Slogan-slogan ini mudah dikenali hasil daripada penjenamaan yang konsisten selama berdekad-dekad, bajet pengiklanan yang besar serta penyampaian produk yang kukuh. Ini ialah contoh slogan yang berkesan, namun perlu diingat bahawa slogan anda hanyalah satu bahagian daripada pembinaan jenama yang berjaya.
Slogan perniagaan ialah ungkapan yang menghuraikan dan mewakili sesebuah jenama. Slogan memaparkan personaliti, nilai, ideologi dan misi jenama dalam beberapa perkataan yang dipilih dengan teliti.
Slogan merupakan salah satu tanggapan pertama perniagaan kepada pengguna serta komponen utama imej jenama. Oleh itu, ia amat penting untuk dilaksanakan dengan betul. Penyelidikan pemasaran menunjukkan bahawa slogan yang berkesan boleh membantu menarik perhatian pelanggan, mewujudkan kesedaran jenama dan menyokong daya ingatan jenama—apabila digabungkan dengan usaha penjenamaan dan pemasaran yang konsisten.
Terdapat beberapa pendekatan untuk mencipta slogan anda sendiri:
Sumbang saran bersama pasukan, keluarga, rakan atau pelanggan semasa anda. Tiada siapa yang lebih memahami perniagaan anda selain anda sendiri. Kumpulkan input daripada mereka yang mengenali jenama anda dan luangkan masa untuk menjana idea bersama. Fikirkan perkataan, perasaan atau ungkapan yang boleh mewakili perniagaan anda.
Gunakan penjana slogan percuma. Masukkan kata kunci hasil sumbang saran anda dan bereksperimen dengan pelbagai kombinasi. Walaupun anda mungkin tidak menemukan slogan yang sempurna daripada penjana ini sahaja, anda mungkin akan mendapat idea atau inspirasi baharu untuk membentuk frasa ideal anda.
Uji dan perincikan. Setelah anda mempunyai beberapa pilihan, ujin dengan khalayak sasaran anda sebelum membuat keputusan akhir. Slogan terbaik kebiasaannya melalui beberapa pusingan pembaikan.
Berikut ialah teknik untuk dipertimbangkan, berserta contoh daripada jenama yang terkenal:
- Gunakan frasa yang popular (Adidas: Impossible is nothing)
- Ringkas dan mantap (Apple: Think different)
- Gunakan onomatopoeia (Mazda: Zoom Zoom)
- Masukkan nama jenama anda (Dunkin' Donuts: America runs on Dunkin')
- Beri inspirasi (L'Oreal: Because you're worth it)
- Gunakan rima (Motorola: Hello Moto)
- Tanya soalan (California Milk Processor Board: Got milk?)
- Gunakan perkataan yang membangkitkan emosi (Disneyland: The happiest place on Earth)
- Cabar pembaca anda (Lay's: Betcha can't eat just one)
Menurut pakar penjenamaan, kunci untuk membangunkan slogan perniagaan yang baik terletak pada strategi dan matlamat. Jenama-jenama ini telah melaburkan sumber yang besar dalam membina pengiktirafan di sekitar slogan ini selama bertahun-tahun lamanya. Slogan anda ialah titik permulaan, bukannya jaminan kejayaan—slogan tersebut perlu disokong dengan penjenamaan yang konsisten, perkhidmatan atau produk yang berkualiti, serta pemasaran yang berkesan.