Pengehosan web tanpa had di seluruh dunia

Setiap pelan disertakan dengan pengehosan yang pantas, boleh dipercayai dan tidak bermeter untuk perniagaan dalam talian anda.

Mulakan percubaan percuma 3 hari anda pada hari ini

Pengehosan selamat disertakan dengan setiap pelan

Kami bekerja keras sepanjang masa untuk memastikan laman web anda sentiasa dalam talian

Pemajuan e-mel tanpa had

Apabila anda membeli nama domain menggunakan Shopify, kami akan memberikan alamat pemajuan e-mel tanpa had kepada anda secara percuma. Jika nama domain anda ialah "yourstore.com", kini anda boleh mencipta alamat seperti "info@yourstore.com".

Mesej yang dihantar ke alamat e-mel baharu anda (cth. info@yourstore.com) akan dimajukan kepada akaun e-mel yang sedia anda miliki (cth. youremail@example.com). Hal ini akan menjimatkan masa anda dan membantu perniagaan anda kelihatan profesional.

Kemas kini segera

Semua kemas kini Shopify adalah secara automatik, jadi anda akan menerima ciri terkini serta-merta tanpa sebarang kerumitan.

Domain anda sendiri

Shopify memudahkan anda mencipta dan mendaftar nama domain untuk laman web baharu anda. Anda boleh membeli domain baharu melalui Shopify, menggunakan domain sedia ada atau menggunakan domain .myshopify.com percuma anda.

Rangkaian penghantaran kandungan

Shopify merupakan penyelesaian laman web e-dagang dihoskan yang pertama menggunakan rangkaian penghantaran kandungan.

CDN ialah rangkaian pelayan besar yang ditempatkan di seluruh dunia untuk memastikan pelanggan anda boleh memuatkan kedai laman web anda dengan pantas, tidak kira di mana-mana jua mereka berada.

CDN kami dikendalikan oleh Fastly, iaitu salah sebuah syarikat CDN yang paling bereputasi.
Pengehosan selamat disertakan dengan setiap pelan

Pengehosan tanpa had untuk laman web anda

Jalur lebar tanpa had

Kami menyediakan jalur lebar tanpa had supaya anda tidak perlu bimbang tentang peningkatan trafik.

Pematuhan PCI Tahap 1

Usah bimbang. Data pelanggan anda sentiasa selamat.

Sebarang nama domain

Optimumkan jenama anda dengan nama domain tersuai yang dibeli melalui Shopify, gunakan nama domain sedia ada atau manfaatkan domain .myshopify.com percuma anda.

Persediaan tanpa kerumitan

Apabila anda mendaftar, kami akan menunjukkan dengan tepat cara menyediakan laman web anda. Laman web anda dicipta dalam masa beberapa saat selepas mendaftar dan naik taraf sentiasa dilaksanakan serta-merta.

Pelayan amat pantas

Tawarkan akses pantas di seluruh dunia kepada pelanggan anda melalui pelayan global Shopify.

Mulakan percubaan percuma 3 hari anda pada hari ini