Shopify Inbox

Tukarkan pengunjung kepada pembeli melalui kuasa sembang

Urus perbualan pelanggan, cipta mesej automatik dan dapatkan cerapan untuk memfokuskan pada sembang yang menghasilkan penukaran, semuanya daripada Shopify Inbox.

Belum mempunyai Kedai Shopify? Mulakan dengan percubaan percuma selama 3 hari.

Tetingkap sembang yang terbuka memaparkan perbualan tentang pesanan antara kakitangan kedai dengan pelanggan. Imej wanita mewakili komen kakitangan manakala imej lelaki mewakili respons pelanggan.

Cara Shopify Inbox berfungsi

Manfaatkan cerapan yang hebat

Tukarkan perbualan kepada pembayaran

Tindakan troli

Dapatkan cerapan tentang barangan di dalam troli pelanggan apabila anda berkomunikasi dengan mereka menggunakan sembang kedai dalam talian.

Kod diskaun

Kongsikan kod diskaun tersuai melalui sembang untuk memuktamadkan jualan dan menukarkan pembeli kali pertama kepada pelanggan setia.

Klasifikasi mesej

Kenal pasti perbualan yang berkemungkinan membawa kepada jualan dengan klasifikasi mesej automatik.
Pemilik perniagaan sedang duduk di meja dalam pejabat belakangnya dan menggunakan Shopify Inbox untuk bersembang dengan pelanggan melalui peranti mudah alihnya. Dia berkongsi kod diskaun dalam sembang untuk memuktamadkan jualan.

lebih daripada sokongan pelanggan

70% daripada perbualan Shopify Inbox melibatkan pelanggan yang sedang membuat keputusan pembelian

Perkasakan diri anda dan pasukan anda

Bantu lebih ramai pelanggan dalam masa yang lebih singkat

Pemilik perniagaan sedang berdiri di pejabat belakangnya sambil membawa kotak semasa menguruskan inventori. Tiga jawapan segera ditunjukkan pada skrin, ciri Shopify Inbox ini membolehkan pelanggan mendapatkan bantuan sendiri tanpa memerlukan sembang live.

Tingkatkan penukaran dengan jawapan segera

Shopify Magic mencadangkan Soalan Lazim dan respons yang diperibadikan untuk kedai anda. Semak dan terbitkan jawapan segera yang direka khusus untuk perniagaan anda dalam tetingkap sembang kedai anda, bagi mendorong pembeli untuk melengkapkan jualan.

Jana cadangan balasan

Berikan respons yang pantas terhadap pertanyaan sembang live dengan bantuan Shopify Magic. Semak, edit dan balas bagi meningkatkan penukaran corong atas dan menukarkan lebih banyak sembang kepada pembayaran.

Status pesanan

Kurangkan masa untuk sokongan pelanggan dan hantarkan kemas kini status pesanan automatik melalui sembang kedai dalam talian.

Shopify Inbox ialah alat yang berkuasa… alat ini membantu saya menyelamatkan jualan setelah meluangkan masa, wang, dan tenaga untuk membawa pelanggan ke tahap tersebut. Usaha ini memberikan pulangan yang sangat berbaloi.

Wood Wood Toys

Rennie Wood — Pemilik

Kuasa bersembang mengikut syarat anda

Pelanggan mengharapkan jawapan yang pantas, dan tekanan untuk memberikan respons dalam masa nyata merupakan cabaran bagi kebanyakan perniagaan. Namun, dengan Shopify Inbox, anda boleh menyampaikan mesej yang berkualiti tinggi tanpa memerlukan sembang perniagaan live.
Imej pejabat belakang pemilik perniagaan pada waktu petang. Terdapat tetingkap sembang terbuka dengan mesej ketiadaan yang memberitahu pelanggan bahawa sembang live tidak tersedia. Shopify Inbox merekodkan e-mel dan nombor telefon agar pemilik perniagaan boleh menghubungi pelanggan pada masa hadapan.

Mesej automatik

Sapa pelanggan dengan mesej automatik agar mereka berasa dialu-alukan dan maklumkan kepada mereka masa anda tersedia untuk memberikan bantuan masa nyata.

Susulan melalui e-mel

Kumpulkan maklumat pelanggan pada permulaan sembang dan teruskan perbualan melalui e-mel tanpa perlu meninggalkan Shopify Inbox.

Sumber untuk membantu anda bermula

Pusat Bantuan

Ketahui lebih lanjut tentang Shopify Inbox.

Lawati Pusat Bantuan 

Sokongan

Hubungi pasukan sokongan kami yang berdedikasi jika anda memerlukan bantuan.

Hubungi sokongan 

Tukarkan pengunjung kepada pembeli melalui kuasa sembang

Shopify Inbox ialah aplikasi sembang perniagaan percuma yang dibina terus ke dalam panel pentadbir anda.

Belum mempunyai Kedai Shopify? Mulakan dengan percubaan percuma selama 3 hari.